Sunday 7 January 2018

Banyak tapi satu

Dlm seni pukulan sendeng 7 ini tidak lah terhad mengikut silibes semata...malah ia "pelbagai" dari sudut teknik dan seumpamanya..kepelbagaian atau olahan yg dibuat oleh setiap pengamal buah pukul sendeng 7 ini dtgnya dari kefahaman individu itu sendiri iaitu yg membawa seni tersebut.

Namun silibes perlu dikhatamkan terlebih dahulu..kemudian disusuli dgn kefahaman serta kajian demi kajian..olahan demi olahan..dan seterusnya.

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek







Tuesday 2 January 2018

Teori Belaka




Ada depan ada kiri ada kanan ada belakang ...ada undur(5%)
ada maju(95%)...semua dijaga ..pukulan sebiji sebiji...tidak perlu bnyk...ringkas dan padat...jimat masa...jimat tenaga...nk mulai nk tunggu terpulang...tak tepis tak tekan tak tangkap tak kunci tak tendang...kejenya hanya pukul dan memukul.

_______________________________________
Amboi senangnya berteori.....hmmmm..... tapi...............
---->---->---->
Itulah dier latihan sendeng...itu ragam sendeng..itu akhlaq sendeng..itu sifat sendeng dan itu tugasnya dlm menyendeng.

Praktikal biasanya hanya digelanggang dan diluar gelanggang..dicni hanya sekadar landasan berteori belaka(entah betul entah tidak)

Semoga terus mekar seni buah pukul sendeng di bumi Allah.

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek



Monday 25 December 2017

PANTUN



Budi baik dikenang orang
Buat jahat orang benci
Seni tempur seni perang
Perang nafsu perang lah hati

Ilmu mendidik jiwa rohani
Jgn mudah mendabik dada
Seni pukulan seni buat diri
Diguna pakai berpada pada

Makan petai cecah sambal
Rasanya pula lazat sekali
Pukulan sendeng dtgnya bukan kebal
Dibuat bekal tujuh hari

Sayang isteri sayang anak
Penyejuk mata penawar duka
Kurangkn bercakap kurangkn menyalak
Pandanglah satu nampak semua

Anugerah Tuhan tidak ternilai
KurniaanNya luas untuk semua
Ilmu pukulan bukan ilmu menibai
Musuh datang tiada menduga

Sorong papan tarik papan
Kain sarong disulam sutera
Molek belebat molek lah jalan
Jangan lah sangkal guru yang kata

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek













Tuesday 19 December 2017

Tidak Dipertandingkan







Bila ditanya kenapa seni ini tidak dipertandingkan dalam arena sukan silat/mma/ufc dll dgn tujuan utk mempromosikan dsbgnya.

Ternyata seni ini bukan utk dipertandingkan.. Ia lebih kpd konsep realiti iaitu bertempur di luar gelanggang pd tika dan saat yg betul2 diperlukan..seni ini diguna pakai pada waktu yg terdesak...dan ia juga tidak dipertontonkan sesuka hati tanpa sebab yg munasabah.

Justeru itu berpegang kpd amanah guru bukan lah bermakna seni ini adalah seni yg terhebat diantara seni seni yg lain,malah ia hanya sekadar memelihara amanah warisan yg diperturunkn dari generasi ke generasi... sepengetahuan admin,sehingga kini perguruan buah pukul sendeng 7 ini tidak pernah melibatkan diri dlm ape jua bentuk pertandingan lebih2 lgik dlm membawa pukulan ini ke dlm "ring".


Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek

Kapten Planet

(Tanah Air Api Angin)

4 elimen yang saling lengkap melengkapi khasnya dlm seni buah pukul sendeng 7 .


1-TANAH:-paksi kuda kuda yg kukuh.

2-AIR:- bertali arus tanpa putus...bertubi- tubi.

3-API:- keyakinan jati diri serta berani bertempat.

4-ANGIN:-pantas dan cekap

Dari aspek tasauf pula ia berbeda dari sudut maksud dan pemahaman....admin mampu kongsi yg ini sahaja.
Allaahu a'lam.

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek





Saturday 16 December 2017

ALIF....LAM ALIF.....





"Berdirinya alif...bergeraknya lam alif"....Allah ciptakan ia bukan utk saja saja....dalam perguruan buah pukul sendeng 7 ia berbekalkn alif dan lam alif...diguna pakai utk setiap pengamal.

Juga ia salah satu identiti...identiti buah pukul sendeng Pak Ngah Saleh. (Bagan,Batu Pahat)

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek

Haram Sentuh



"Haram disentuh" membawa maksud latahan yg ada pada pengamal sendeng jika disentuh lebih2 lagik jika yg menyentuh itu berhajat kan sesuatu yg tidak baik..sama ada ingin menguji atau sebaliknya.

Tindak balas pengamal sendeng itu lebih kpd buatan "reflek"...hasil dari latihan masing2.

Namun kadang2 lain yg bljr lain pulak kluarnya tapi itu perkara kedua....yg utama adalah kselamatan.."safety come first"...

Semoga Allah jauhkan kita dari perkara2 yg tidak diingini.

Sekian..salam hormat

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek

Tuesday 12 December 2017

Bekam Sunnah

Ayuh anak2 buah pukul sendeng 7..marilah sama2 kita menjaga kesihatan tubuh badan luaran dan dalaman dengan berbekam..amalan sunnah nabi Muhammad yg sehingga hari ini maseh diamalkn bg yg mengetahui akan kelebihannya..



Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek

Monday 11 December 2017

Selawat


Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek

Bangkit

Rapatkan saff...luruskan saff..

Lawan...kita lawan...kita lawan dgn ilmu..jgn suka2 hati lawan...yg mana kawan yg mana lawan...hati2 pilih kawan..hati2 jadi kawan...






Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek

Sunday 10 December 2017

Slides Video (BpSpns)

Terus maju...terus mara anak2 buah pukul sendeng 7...
Smoga diberkati usia sepanjang hayat.



Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek

Saturday 9 December 2017

Polek/Polet




"Buah polek/polet" adalah salah satu senjata melayu didlm ilmu pukulan yg di aplikasikan pd ukuran jarak yg dekat dan rapat..ia diguna pakai dlm seni buah pukul sendeng 7 ni.

Setiap pengamal buah pukul sendeng ini wajib mengetahuinya atas dasar mempertahankn diri bila berada diluar gelanggang.

Secara umumnya ia berkonsepkn "lapis".

Namun ia tidak la menjamin keselamatan 100%...ia berbalik kpd si pemakai dlm pemahaman dan perlaksanaan polek/polet tersebut.

Allaahu a'lam.

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek








NYONSONG NYERET



Di dalam konteks buah pukul sendeng 7, "nyonsong dan nyeret" memang tidak dpt dipisahkn dari sudut teori dan a'malinya. Ia sngat releven dlm jangka masa yg panjang dan sekaligus ia berfungsi dlm memahami gerak dan langkah yg dipelajari.

Nyonsong dan nyeret merupakan salah satu "identiti spns" yg telah dan masih di a'malkan oleh org2 lama yg terdahulu dan yg terkini khususnya dlm perguruan ini.

Ia bukan gerak suka suka...dan ia pasti bersebab dan bermatlamat...setiap perbuatan didlm seni ini bertujuan...masing2 dgn tujuan masing2..masing2 punyai kerja yg tersendiri.

Allaahu a'lam

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek




Thursday 7 December 2017

Falsafah





Di antara falsafah sendeng yg terkenal dikalangan pengamal pengamal sendeng secara umumnya:-

"CAPAI SEBELUM SAMPAI,BUNUH SEBELUM HIDUP"

Ia merangkumi aspek2 atau anasir "mengatasi"...namun ia tidak lah semudah yg diteorikan...kerana kalau di ikutkan "konsep pukulan" buat keseluruhan perguruan seni mempertahankan diri yg wujud di atas muka bumi ni, mmg ternyata masing2 ingin mengatasi iaitu berkongsi matlamat yg sama dlm seni pukulan namun terdapat perbezaan dari sudut penyampaian.

Kita tetap berlapang dada dalam menerima apa jua ungkapan falsafah dari perguruan lain kerana itu hak setiap perguruan dlm menterjemahkn sesuatu falsafah khususnya buat ahli-ahli di dalam perguruan mereka.

Kata2 falsafah itu bertindak selaku pemberi semangat dikalangan ahli...semangat utk terus menuntut ilmu dan sekaligus mencintai ilmu kerana Allah swt.

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek


Sembang Teh Tarik






Yg asli atau tidak asli ...ori atau tidak ori sudah tidak lagik releven dlm konteks zaman yg serba canggih ni.

Si dekni dan si dektu meng "claim" yg bahwasanya masing2 mmbawa permainan yg asli.

Ape yg perlu kita fokus sebenarnya adalah seni yg kita bawa tu..tidak mnjadi kudis sekiranya ada yg menuduh seni kita itu tidak asli...sebab ia tidak memberi apa jua kesan yg negetif...malah kita sendiri seharusnya berfikiran positif dlm usaha memelihara seni yg kita bawa ni.

Ada lah lebih elok sekiranya masing2 menghormati sesama sendiri.."kau punyer kau jaga" "aku punya aku jaga"..masing2 jaga permainan dan perguruan masing2..

Kita tidak mahu melihat ank2 muda kita(generasi baru) bertikam lidah dan bergaduh sana sini atas sebab yg tidak ada penghujungnya iaitu isu "ori atau tak ori".

Warisan kita amanah kita...siapa lagik yg mampu pertahankn maruah kita selain diri kita sendiri.

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek

Tuesday 5 December 2017

Pesanan





"Jgn syok sendiri"

Ini lah dier salah satu pesanan yg sering dikongsikan oleh sang guru.

Kita sebok sngat dgn kita nya buah..kita sebok sngat dgn kita nya pukulan..sehinggakan kita lupakan buah dan pukulan org..org lain pun ada "buah pukul"...dlm dunia ni bukn kita sorang je bljr.

Kajian demi kajian telah dibuat oleh otai otai khususnya yg mmbawa ilmu "pukulan" dlm aliran sendeng sehingga mereka mampu membuat kenyataan tersebut....berdasarkn pengalaman mereka yg sngat luas dlm dunia persilatan maka tidak hairanlah perkataan2 seprti itu lahir dari mulut seorg guru.

Jgn sombong..jgn bongkak..bila2 masa kita akn jatuh...tk ade yg nk dibanggakn sngat..tak perlu..keperluannya dtg hanya bila2 perlu & diguna pakai pd waktu yg layak diguna pakai.

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek



Pecah 4

Ia merupakan salah satu rukun pembelajaran di dlm silibes perguruan ini dan ia mempunyai fungsi yg tersendiri.

Buah pukul sendeng ini sngat menitik beratkan latihan belebat dan pecah empat,kerana ia yg paling asas dikalangan yg asas.

Mengenal dan mempraktikkan 4 penjuru adalah "basic" dlm latihan. Namun ia sngat penting dlm perlaksanaan.

Walau kita akui pecahan tidak lah terhad hanya kpd empat sahaja, malah ia lebih dan lebih dari tu.

Gambar hiasan



Sang Alfaqeer
Iskandar Sabery
Kota Temasek

Monday 4 December 2017

KITA

Gambar ini berkongsikn maksud kehidupan..ia hadir dan hidup bersama kita..

Dlm setiap kejayaan dan kegagalan pasti tidak lepas dari ujian/dugaan..tetap akn melalui onak dan duri ..berakit rakit ke hulu..pahitnya hempedu ditelan jua.....destinasi dan tujuan kita dimana..ke mana...dan mengapa...pelbagai soalan dlm minda..ada ke tidak jln keluar tu...mne dier jln kluar tu..mcm mne nk kluar..begitulah..
Dlm kepayahan ada kesenangan..dlm kegagalan ada kejayaan..bersusah susah dahulu..bersenang senang kemudian.

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek

Baca Gerak

Mengenal pasti gerak lawan bukan satu perkara yg mudah(kalau teorikn mmg senang)kerana pihak lawan terdiri dari pelbagai jenis..dtgnya lawan ada yg pantas dan cekap..dan ada pula sebaliknya.

Musuh ada yg mulai ada yg tunggu..dier buat keje dier....dier kalau nak, dier tibai trus...dier pedulik ape pun dgn kita.

Pukulan sendeng pula lebih kpd konsep dan sifat makan gerak ..sama ada musuh mulai atau pengamal sendeng tu yg mulai(tunggu atau tak tunggu)begitu jugk bg yg bukn pengamal sendeng, ada kemungkinan besar kita berkongsi konsep yg sama..masing2 nk dulu..masing2 tak nk sakit...itu adat di luar gelanggang.

Disini terbitnya konsep "pantas tewas".
siapa cepat dier dpt..siapa cekap dier punyer...pengamal sendeng buat keje dier....pihak lawan pun buat keje dier..masing2 dgn keje masing2.

Persoalannya ,bagaimana cara utk mengenal pasti gerak lawan. Jawapannya pasti ada dlm setiap perguruan. Dan adakah memadai setakat mengenal gerak lawan shaja..

Itu la salah satu ilmu yg sangat berharga buat penuntut-penuntut ilmu pukulan diluar sana khususnya buat pengamal buah pukul sendeng 7 ni..


Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek


Belebat/Pelebat







Belebat dlm seni pukulan ini adalah "ibu" dan ia bertindak selaku "pendidik" khususnya dlm pembentukan dan pemahaman gerak2 yg ada dlm seni pukulan sendeng pak ngah saleh.

Belebat di ibaratkan seperti seorg ibu yg mendidik anak2nya di rumah..kerana rumah merupakan madrasah pertama buat ank2...hasilnya adalah berpunca dari didikan yg ada di dlm rumah...setelah itu si ank2 akn keluar rumah..ank2 itu membawa didikan itu diluar..dictu ank2 akn mengenal erti kehidupan sedikit sebanyak dpt mengubah dan mendidik diri kpd arah kebaikan malah mnjd lebih baik atau sebaliknya..jika didikannya baik..maka jadinya molek..tapi jika sebaliknya..maka sebaliknya yg jd..ape2 pun hidayah tu milik Allah..

Tidak dikecualikn semua ini trjd atas kehendakNya..kita mohon kita usaha kita berserah.

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek

Saturday 2 December 2017

Buah Perguruan






BUAH PUKUL SENDENG PAK NGAH SALEH/7

Berikut nama nama buah 1-7:-
Buang luar
Buang dlm
Sebelah bdn
Serempang
Ketuk
Sebat
3 seturut

Berikut nama nama buah tingkatan 8-10:-
Umpan
Kejar
Rahsia

Berikut nama buah khatam:-
Kocek

(Kesemuanya berasaskan dari belebat/pelebat & pecah 4) asas segala asas..

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek

Friday 1 December 2017

Asam Garam Paku Buah Keras


Perguruan kami maseh mengamalkn dan mengekalkn adat dan tradisi sebegini...maksud yg tersirat oleh org2 lama dlm mentafsirkn keperluan tersebut amatlah dikagumi. Ia merupakan sebahagian dari proses pengkhataman setiap pengamal buah pukul sendeng 7 ini.

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek


Silat Pengantin

Ada yg kata susah, malah ada yg larang buat persembahan silat dpn pngantin sbb kalau da bljr buah pukul mmg tak ade tari sembah bunga hadiahkn kalong dsbgnya...jd agak biadap dipertontonkn dpn raja sehari.

Saya berpendapat tidak la smpai tak boleh bersilat dpn pengantin...cuma perlu jaga adab seprti elakkn dari menunjukkn reaksi ingin memukul seperti "nk pergi perang" atau membelakangi pengantin dsbgnya.

Ia lebih kpd kreativiti masing2 dlm mencorakkn tanpa mengubah identiti seni yg dibawa khususnya dlm spns ni..ramai dikalangan buah pukul genius di luar sana..mereka phm ape yg mereka buat...saya sokong trusssssss......

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek

Dzikir

Dzikir itu bertindak selaku terapi jiwa dan hati...khususnya utk org2 yg mudah gelisah,suram ,baran tak menentu, kemurungan,tekanan,huru hara ,merapu meraban dan seumpamanya...kita insan ..insan bersifat lemah(jasmani dan ruhani)..bnyk penyakit hati dan mental..bnyk virus...salah satu cara utk mengatasi bnda2 tu adalah dgn biasakan berdzikir kpdNya..

Pelbagai dzikir yg terdapat di dlm alQuran dan juga didlm hadith nabi Muhammad...tidak dikecualikn ramai asatizah mahupun guru guru kita yg boleh dibuat tempat rujukan..kerana mereka dari kalangan ulamak..ulamak itu pewaris anbiya'.

Basahkn lidah dan hati kita dgn mnyebut kalimah2 yg mulia...marilah kita sama2 belajar MEMBACA..

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek

Thursday 30 November 2017

Disiplin


Sembang atau Realiti


Nama SENDENG tidak la begitu janggal dikalangan pesilat pesilat tanah air khususnya...terdapat banyak perguruan sendeng dari pelbagai perguruan dgn corak permainan yg berbeza....ada sendeng tu.. sendeng ni.. sendeng sana... sendeng sini...bnyk sangat ler sendeng..ape pun namanya dan ape pun corak permainannya ,ia tetap kekal releven sepanjang zaman...

Persepsi sesetengah individu yg mengatakan bhwasanya sendeng itu silat tua..pukulan tua..buah pukul tua..semuanya tua..namun tidak dinafikan yg mana sendeng adalah permainan org2 lama dari masa ke masa berlanjutan smpai ke hari ni...mmg permainan org2 lama pun..pakaian mereka..dibawa setiap hari..7 hari lamanya...

Ini lah warisan yg terlalu tinggi nilainya..sehinggakan ada yg berpandangan buah pukul sendeng itu terlalu berharga dan tidak ternilai dengan wang ringgit dsb...ini lah dier warisan melayu ...warisan datok moyang kita yg sehingga hari ini maseh kekal releven dari sudut praktikalnya mahupun teorinya.

Patah tumbuh hilang berganti...mungkin tak tumbuh kerana tak patah pun..dan mungkin tak perlu ganti sebab tak hilang pun...hanya berkemungkinan...kejenya memukul....memukul utk menewaskn musuh secara langsung membela maruah...bukn sebaliknya..namun sememangnya ia tidak la diguna pakai sesuka hati mengkhinzir buta...malah ia seharusnya dimanfaatkan pd masa dan tempatnya..pada tika dan saatnya...jgn rasa kita slalu diatas...ada masa kita diatas ada masa kita dibwh..

Pengamal sendeng yg waras dgn didikan agama yg baik,sememangnya tidak akan mempersendakan seni perguruan org lain..kita saling hormat menghormati..."dier ada lebih..kita pun ada lebih" dier ada kurang..kita pun ada kurang"...lebih dan kurang tu perkara biasa...seni tu tak salah pun..tanya diri mana silap kita.

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek


Lorong Lorong Sempit

Pengamal buah pukul sendeng suka memanfaatkn tempat2 yg mcm ni..malah tempat2 mcm ni adalah tempat yg sangat digemari atau tempat "peberet" mereka dlm latihan atau sebaliknya...tempat2 yang sempit atau tidak berapa luas kerap mnjd perhatian para pengamal seni ini..Allaahu A'lam..

Sang alfaqeer
Iskandar Sabery,kota temasek